• 30 Mei - 01 Jun 2023
    (Program Kecemerlangan Staf Pelaksana Skim Teknologi Maklumat UiTM 2023)

    06 Jun - 08 Jun 2023
    (Program Pemantapan Kompetensi Staf Pelaksana Skim Teknologi Maklumat UiTM 2023)
  •  Hotel Swiss Garden, Kuala Lumpur

Program Pemantapan Kompetensi Staf Pelaksana 2023

Program Kami

ProkespICT 2023

Jabatan Infostruktur, Pejabat Pembangunan Infrastruktur dan Infostruktur (PPII) berperanan dalam menyediakan perkhidmatan ICT kepada semua warga UiTM. Justeru itu, bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan ICT yang berterusan dan relevan kepada warga UiTM, pihak jabatan sentiasa ingin memastikan latihan dan sesi percambahan minda dilaksanakan kepada staf pelaksana skim Teknologi Maklumat yang menjadi nadi kepada perkhidmatan ICT universiti.

Sehubungan dengan itu, program kecemerlangan untuk staf pelaksana ICT skim Teknologi Maklumat telah dicadangkan bagi memberi pendedahan, pengetahuan, pengalaman dan perkongsian ilmu kepada semua staf pelaksana ICT yang terlibat di dalam bidang pengoperasian ICT serta pentadbiran.

Objektif ProkespICT 2023

  • Meningkatkan pengetahuan dan ketersediaan memikul tanggungjawab serta berkeupayaan menghadapi cabaran dalam melaksanakan tugas.
  • Meningkatkan pemahaman yang menyeluruh di dalam pengoperasian ICT UiTM.
  • Mengenali diri dan organisasi serta berusaha mewujudkan suasana mesra dan kerjasama berpasukan di dalam organisasi.

6 Sesi Perkongsian ICT

Antara program yang dijadualkan adalah sesi perkongsian teknologi ICT dari beberapa syarikat IT yang terkenal kepada semua peserta.

400+ peserta

Penyertaan seramai 442 orang staf pelaksana ICT skim Teknologi Maklumat terdiri daripada Jabatan Infostruktur, PTJ dan seluruh kampus UiTM.

SEMAKAN MAKLUMAT PESERTA

Program Pemantapan Kompetensi Staf Pelaksana Skim Teknologi Maklumat UiTM 2023

SEMAK MAKLUMAT

Hubungi Kami

Lokasi

Swiss Garden Hotel, 117, Jalan Pudu,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia.

Hubungi

+603 2141 3333 (Hotel)
+6019 3874658 (Roslina)